BANK ISLAM VS BANK KONVENSIONAL
Baiklah, di sini kami akan menerangkan apa itu BANK ISLAM dan BANK KONVENSIONAL dan apakah perbezaan antara kedua-duanya? Teruskan membaca.
PERBANKAN ISLAM :
Prinsip perjalanan dan amalannya berlandaskan hukum Islam dan tidak melanggar perintah Allah.
Meliputi transaksi bank yang lain seperti urusan kiriman wang, surat-
surat,surat-surat kredit dan tukaran wang asing.
PERBANKAN KONVENSIONAL :
- Institusi kewangan berteraskan riba iaitu penerimaan deposit
dengan kontrak pemberian premium atau faedah dan penyediaan hutang dengan dikenakan faedah.
- Wang sebagaI komoditi yang menjual harga di mana pihak pemberi pinjaman berhak mendapat pulangan prinsipal dan premium di atas wang yang dipinjamkan.
Perbezaan di antara BANK ISLAM & BANK KONVENSIONAL
1- WAHYU DARIPADA ALLAH LAWAN PEMIKIRAN MANUSIA
Perbankan Islam: Ini kerana ‘manual’ yang Allah S.W.T. sediakan kepada manusia adalah Al-Quran dan Nabi kita Muhammad S.A.W. telah memberikan contoh bagaimana mengendalikan ‘manual’ tersebut sepanjang hidup kita.
rujukan, maka ia terdedah kepada seribu satu macam kelemahan kerana manusia itu lemah.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah[2:2])
2-IMAN & TAQWA LAWAN PEMIKIRAN & KEPUASAN DUNIAWI
Perbankan Islam: Pelaksanaan sistem Islam memerlukan iman & taqwa di dalam diri, maka setiap peraturan Allah adalah amanah. Setiap amanah tidak akan dipandang rendah oleh setiap mukallaf yang bertaqwa.
Perbankan Konvensional: Tidak dipandu dengan nilai iman & taqwa. Jadi, dalam pengendalian perbankan konvensional, banyak perkara yang tidak sehaluan dengan kehendak Islam berlaku.
“Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang ada padanya. Bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik; mereka tidak juga mahu menerimanya.” (Surah Al-Mukminun [23:71])
3-TANGGUNGJAWAB AGAMA LAWAN TUNTUTAN MANUSIAWI
Perbankan Islam: Tanggungjawab melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya adalah terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, contohnya pengharaman riba.
Perbankan Konvensional: Berasaskan semata-mata kepada pemikiran manusia maka terlalu banyak aktiviti yang bercanggah dengan Islam termasuklah sistem riba yang menjadi paksi kepada sistem perbankan konvensional.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada
Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata; Sesungguhnya aku dari kalangan orang beriman”. (Surah Fussilat [41:33])
4-MEMATUHI PERINTAH ALLAH LAWAN MELANGGAR PERINTAH ALLAH
Perbankan Islam: Setiap aktiviti yang dilakukan, sebagai contoh; membangunkan produk-produk yang baru, sistem perbankan Islam wajib meneliti persoalan halal dan haram sesuatu urusniaga yang ingin dilaksanakan.
Perbankan Konvensional: Tidak menilai urusniaga mereka dengan nilaian
kacamata Allah S.W.T. Seolah-olah tidak menyedari bahawa segala urusniaga yang dilakukan akan dicatat oleh para malaikat Allah S.W.T. sama ada beroleh pahala atau dosa.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Kuasa pemerintahan pada hari kiamat itu tertentu bagi Allah. Ia akan menghukum di antara mereka. Maka orang yang beriman dan beramal soleh ditempatkan di dalam syurga yang penuh dengan segala nikmat dan kesenangan. Dan orangorang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, maka mereka beroleh azab seksa yang menghina.” (Surah Al-Hajj [22: 56-57])
5-REDHA ALLAH & MANUSIA LAWAN REDHA MANUSIA
Perbankan Islam: Setiap urusniaga yang dijalankan akan berpayungkan kehendak Islam dan mencari keredhaan Allah S.W.T. semata-mata serta mengambil kira maslahah manusia.
Perbankan Konvensional: Tidak dipandu oleh panduan Ilahi yang akhirnya boleh membawa kepada kecelakaan di dalam kehidupan mereka. Ini terbukti dengan keingkaran mentaati perintah Allah S.W.T. dalam urusniaganya iaitu semata-mata untuk mengejar keuntungan duniawi.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Adakah orang yang menurut keredhaan Allah itu sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah? Sedang tempat kembalinya ialah neraka jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”
(Surah Ali Imran [3:162])
6-KEADILAN MATLAMAT UTAMA LAWAN KEUNTUNGAN MATLAMAT MANUSIA
Perbankan Islam: Adil ialah meletakkan sesuatu di tempatnya yang betul. Keadilan dalam Islam ialah bersifat menyeluruh iaitu memenuhi keadilan ke atas semua pihak yang berkontrak. Manfaat yang Allah S.W.T. kurniakan dikongsi bersama dengan pihak-pihak yang terlibat.
Perbankan Konvensional: Amalan urusniaga yang terkeluar dari orbit Islam menyebabkan keadilan itu tidak dapat diserlahkan dengan sempurna.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat baik dan memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan mungkar dan kezaliman. Ia mengejar kamu supaya kamu mengambil peringatan.”
(Surah Al-Nahl [16: 90])
PERBEZAAN DARI SUDUT PERSPEKTIF URUS TADBIR DAN OPERASI BANK ISLAM DAN BANK KONVENSIONAL
1. PEMANTAUAN - PERBANKAN ISLAM- Urusan perbankan Islam dipantau oleh Ahli/Majlis Jawatankuasa Penasihat Syariah dan Audit Syariah.
- Perbankan Konvensional: Tidak mempunyai pemantauan dari segi Syariah
2. ZAKAT
- Perbankan Islam: Terlibat dalam pembayaran zakat. Ia merupakan tanggungjawab sosial pihak perbankan Islam.
- Perbankan Konvensional: Tidak ada peruntukan untuk mengeluarkan zakat.
3. TINDAKAN LAMBAT BAYAR
- Perbankan Islam: Caj yang dikenakan berdasarkan kos sebenar atau 1% sepertimana yang digariskan oleh BNM (gantirugi/ta’widh).
- Perbankan Konvensional: Denda yang dikenakan adalah tidak berdasarkan kos sebenar bahkan denda tersebut digandakan dan menyebabkan jumlah hutang pelanggan bertambah-tambah (compounding).
4. LEBIHAN ADALAH UNTUNG BUKAN RIBA
- Perbankan Islam: Terlibat di dalam gerakan dakwah Islamiah kepada masyarakat. Sebagai contoh, memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pengharaman riba, memberi khutbah jumaat, forum dan penyelidikan tentang muamalat Islam.
- Perbankan Konvensional: Tidak mengambil berat terhadap aktiviti dakwah Islamiah.
5.DAKWAH
- Perbankan Islam: Terlibat di dalam gerakan dakwah Islamiah kepada masyarakat. Sebagai contoh, memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pengharaman riba, memberi khutbah jumaat, forum dan penyelidikan tentang muamalat Islam.
- Perbankan Konvensional: Tidak mengambil berat terhadap aktiviti dakwah Islamiah.
No comments:
Post a Comment